ISTANBUL: Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari berkata pada Selasa, Doha sedang menilai semula peranannya sebagai pengantara tetapi kecewa dengan kenyataan negatif baru-baru ini mengenai peranan Qatar sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan Gaza.
"Qatar komited untuk memainkan peranannya sebagi orang tengah antara Hamas dan Israel. Kami amat kecewa dengan kenyataan sedemikian, terutamanya daripada pegawai Israel yang biasa dengan usaha perantaraan dan kerja-kerja kemanusiaan kami di Gaza.
"Masih awal untuk menyatakan pengunduran Qatar daripada peranan menjadi orang tengah," katanya dalam satu sidang media.
Al-Ansari berkata, Qatar komited kepada peranan ini dan akan membuat keputusan dalam masa paling sesuai.
Beliau memuji sokongan Turki kepada Qatar selaku pengantara, menekankan Turki ialah satu daripada negara utama rantau ini yang menyokong usaha perantaraan di Gaza.
Mengenai kehadiran Hamas di Qatar, al-Ansari berkata, selagi usaha perantaraan Qatar berterusan, tiada justifikasi untuk menghentikan kehadiran biro politik Hamas di Doha.
Al-Ansari mengulangi pembukaan pejabat Hamas adalah menerusi koordinasi dengan Amerika Syarikat (AS) untuk perantaraan antara kedua-dua pihak.
"Setakat ini tiada perubahan dalam perkara itu," katanya.
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas wilayah Palestin sejak 7 Okt tahun lepas.
Hampir 34,200 warga Palestin terbunuh dan lebih daripada 77,000 lagi cedera selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur berskala besar dan kekurangan bekalan asas yang akut.
Serangan Israel yang kini memasuki hari ke-200 telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut.
Pada masa sama 60 peratus daripada infrastruktur wilayah itu sama ada rosak ataupun musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Majed al-Ansari berkata, Doha sedang menilai semula peranannya sebagai pengantara tetapi kecewa dengan kenyataan negatif baru-baru ini mengenai peranan Qatar sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan Gaza.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol kerana iktiraf Palestin
Ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, kata PM.
12 rakyat Palestin maut, 30 cedera dibedil bom tentera Israel
Sebahagian besar yang terbunuh merupakan kaum wanita, banyak mayat yang hangus sementara 30 mangsa lain cedera.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."